Sebelum sebatang pohon dapat tumbuh tinggi, terlebih dahulu ia harus menanamkan akarnya jauh ke dalam tanah, demi memperoleh zat gizi. Sama dengan mimpi anda. Bila anda ingin impian berubah menjadi kenyataan, anda harus mencari cara untuk memberi makan dan memelihara mimpi anda.
Sangat tidak realistis untuk berharap bahawa anda dapat mencapai bintang, tanpa terlebih dahulu menanam akar dalam tanah padat. Bermimpi itu mustahil – sesuatu yang hidup di alam khayal. Namun mewujudkannya di alam nyata memerlukan perjuangan yang kuat dan berterusan
Tujuan
Sejenak mari kita berjalan mengimbau kembali ke 6 tahun yang lalu. Dari tahun 2004 hingga ke saat ini, berapa banyak kah peristiwa yang dapat tersimpan dan memberi kesan kepada anda. Berapa banyak kenangan yang menjadi memori indah yang tersimpan di album hati Anda?
Ok, kita tutup lembaran lama itu. Tidak elok terkenang-kenang perkara yang telah berlalu. Karana masa bergerak terlalu lagu tanpa menunggu kita.
Sepuluh tahun dari sekarang. Adakah anda akan ingat tentang HARI INI…? Apakah pakaian yang anda pakai, atau yang anda makan semasa makan tengah hari, atau cerita apa yang anda tengok dalam tv malam nanti? Mungkin tidak satupun dari itu yang akan anda ingat?
Apakah rancangan anda untuk besok? Adakah hari besok berlalu tanpa meniggalkan apa-apa kesan pada anda? Untuk apakah anda hidup hari ini dan besok? Berapa banyakkah yang anda lakukan untuk diri anda dan orang lain>
Jika anda rasakan tiada tujuan untuk hidup ini, mengapa anda perlu hidup untuk besok hari?
Untuk itu pikirkan kembali hidup anda, tujuan anda diciptakan, apa tujuan hidup anda,anda siapa sebenarnya?????
Ya ALLAH semoga hidup pembaca ini akan berbahgia di dunia dan akhirat. Semoga dia sentiasa memikirkan tentang tujuan ia diciptakan dan dihidupkan..
Setiap sesuatu yang diciptakan ALLAH bukan hanya satu kebetulan.. Ada tujuan kehidupan ini. Oleh itu carilah tujuan hidup anda ini..InsyaALLAH... ada sesuatu untuk anda lakukan...
No comments:
Post a Comment