Tuesday, December 13, 2011

AYAH LUPA

“ Dengarlah, Anakku: aku menyatakan hal ini ketika kau terbaring tidur. Dipipimu ada bekas cakaran kecil dan dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.
Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, aku membaca surat khabar di bilik bacaan, aku tiba-tiba didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah tadi, aku mendekati katilmu.
Dalam diri aku berkeceramuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana kamu tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah kerana kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai.
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan benda-benda. Kamu tumpahkan makanan kamu. Kamu letakkan sikumu di atas meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi berkerja menaiki keretapi, kamu berpusing, melambai-lambai tangan dan berteriak, Selamat jalan, Ayah! Dahiku berkerut, lalu menjawab,”Pusingkan bahu kamu!’
Pada waktu petang kejadian itu berulang lagi. Sewaktu aku sampai di jalan, aku lihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan mengarahkan kamu berjalan pulang dihadapan aku. Sarung kaki itu mahal dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu akan lebih berhati-hati! Ingatlah anakku ianya pemberian ayah!
Setelah itu ingatkah kamu, waktu aku sedang membaca di bilik bacaan, kamu datang ketakutan dan di bibirmu ada tanda-tanda kekecewaan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu berada di muka pintu dan teragak-agak.” Apa yang kamu mahu”? Sergah aku.
Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari kearahku dan merangkulku kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu memegangku dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan di hatimu, dan ianya tidak dapat disangkal oleh mereka yang tidak mempunyai perhatian sama sekali. Dan kemudian engkau pergi, berlari menaiki tangga ke tingkat atas.
Seketika selepas itu, anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa amat cemas dan takut. Apakah kebiasaan yang merasuk diri aku? Kebiasaan mencari kesalahan, memaksa. Inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelakiku. Itu bukan kerana aku tidak menyanyangimu, tetapi aku terlalu mengharapkan terhadap sesuatu pada masa muda. Aku mengukur dirimu dengan ukuran aku sendiri sepertimana yang berlaku pada masa aku.
Dan ada terlalu banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu walaupun kecil ternyata berjiwa besar, sebesar cakerawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas lari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, anakku. Aku telah berada di tepi katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri!
Ini memang satu penyesalan yang lemah, aku tahu kamu tidak akan mengerti semua ini sekiranya aku menyatakan kepadamu ketika jagamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah. Aku akan bersama denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu ketawa. Lidah aku akan kuketap jika aku ingin mengeluarkan kata-kata yang kurang sabar. Aku akan berkata seolah-olah ianya satu kebiasaan:” Beliau hanya seorang budak lelaki, budak lelaki yang masih kecil.
Aku khuatir sekiranya memperlakukanmu seperti seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih anak-anak. Kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak, terlalu banyak....... W.Livingston Larned

BAGAIMANA MENIKMATI HIDUP & KERJAYA ANDA

1. Temuilah diri anda dan jadilah diri anda sendiri.
- Ingat, Tidak ada sesiapa di dunia ini yang sama dengan anda.
- Cuba mengenali siapakah saya ini.
- Walau apa yang terjadi, jadilah dirimu sendiri.
- Janganlah cuba meniru cara orang lain. Carilah diri anda sendiri dan bertindaklah dengan cara anda sendiri.

2. Empat kebiasaan kerja yang akan melenyapkan kelesuan dan kecemasan
a. Ketepikan semua kertas dari meja anda, kecuali yang sedang diselesaikan.
b. Buatlah sesuatu menurut urutan kepentingannya.
Dua keupayaan yang tidak ternilai harganya: Pertama, keupayaan berfikir. Kedua, keupayaan mengerjakan pekerjaan menurut urutan kepentingannya. Yang lebih penting harus didahulukan……….Henry L.Doherty.
c. Kalau ada masalah, segera selesaikan berdasarkan fakta yang ada. Jangan menangguhkan keputusan.
d. Belajarlah mengendalikan, mengagihkan kuasa serta mengawasi.

3. Punca kelesuan anda dan cara mengatasinya.
a. Rileks setiap saat. Bayangkan badan anda seolah-olah lumpuh tidak berdaya. Umpamakan sarung kali dalam laci, sebagai ingatan agar sentiasa releks seperti sarung kaki itu. Kucing juga boleh digunakan sebagai peringatan. Para ahli yoga di india menyatakan, jika anda ingin menguasai teknik kelesuan, pelajarilah dari kucing. Kucing tidak pernah kelihatan kelesuan, gugup, tidak dapat tidur, cemas atau radang perut. Semua perkara tadi mungkin dapat menghindarkan jika kita mempelajari bagaimana untuk rileks seperti kucing.
b. Seboleh-bolehnya dalam posisi yang menyenangkan. Ingatlah bahawa ketegangan dalam badan membuatkan bahu sakit dan saraf keletihan.
c. Periksa diri anda empat atau lima kali sehari dan katakan pada diri anda sendiri, “adakah pekerjaan saya mengeluarkan tenaga lebih banyak daripada sepatutnya? Adakah saya menggunakan otot-otot untuk sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan pekerjaan yang saya lakukan?” Hal ini akan membantu anda membentuk kebiasaan sentiasa rileks.
d. Periksa diri anda sekali lagi pada waktu petang, dengan bertanya kepada diri anda sendiri, “Oh, letihnya! Jika saya letih, sebabnya bukanlah pekerjaan mentel yang saya kerjakan, tetapi cara saya mengerjakannya”. Jika saya berasa terlalu letih pada waktu petang, saya yakin bahawa hari itu saya tidak cekap, baik dari segi kuantuti mahupun kualiti.
4. Bagaimana membuang rasa bosan yang menimbulkan keletihan, kesedihan dan rasa sebal.
Kalau kamu ingin makan, kamu harus melakukannya. Oleh kerana pekerjaan mesti dilakukan, mengapa kita tidak melakukannya dengan senang hati? Mengapa kita tidak menjadikan pekerjaan itu menarik dan menyeronokkan? Kita harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan kita.

5. Adakah anda mensyukuri apa yang anda miliki?
Hitunglah kekayaan atau anugerah yang anda miliki dan bukannya kekurangan anda. Jika anda berasa sedih kerana tidak mempunyai kasut, maka fikirkanlah bagaimana perasaan orang yang tidak mempunyai kaki. Apalah gunanya kasut yang hebat jika tidak mempunyai kaki. Anda sebenarnya amat bertuah kerana mempunyai kaki. Hargailah apa yang ada pada diri anda, cuba tafsirkan berapa harga kaki anda, telinga anda, mata anda dan jumlahkan kekayaan itu, anda akan dapati nilainya akan jauh lebih berharga dari semua emas di dunia ini.

6. Ingatlah, tidak ada orang yang menendang orang yang berada di bawah.
Ingatlah bahawa kritikan yang tidak benar dan tidak pada tempatnya seringkali merupakan pujian tersembunyi.
Jadi jika anda disepak dan dikritik, ingatlah bahawa hal ini dilakukan kerana penyepak atau pengkritik itu akan berasa penting sebab boleh melakukan hal tersebut. Kerap kali kritikan juga bermaksud bahawa anda berhasil mencapai sesuatu sehingga menarik perhatian. Memang ramai orang yang suka mendapatkan kepuasan jahat atau murahan apabila berhasil mencela dan memburuk-burukan orang lain yang lebih Berjaya.

7. Berbuatlah sebaik-baiknya sehingga kritikan tidak boleh menyakitkan anda.
Orang lain tidak memikirkan tentang diri kita. Mereka juga tidak ambil peduli apa yang akan dikatakan orang mengenai diri kita. Mereka hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri, mulai dengan bangun tidur pada waktu pagi hinggalah pergi ke tempat tidur pada waktu malam. Mereka lebih banyak memerhatikan tentang diri sendiri daripada orang lain. Mereka akan lebih sedih jika menderita sakit kepala daripada mendengar tentang kematian anda.
“ Laksanakan apa yang anda kerjakan dengan sebaik-baiknya. Kemudian bukalah payung using anda agar hujan kritikan tidak mengalir membasahi tengkuk anda”.

Sunday, August 14, 2011

Puisi Sahabat

Pertemuan, Perpisahan
Adalah TakdirNya
nak Betul, Betul
Adalah nasib,
Perpisahan Adalah Didalam tangan NYA.

Nak Jadi, Jadi
Adalah Nasib
Kita Hanya Seperti Patung
Percayalah Kau
Orang Yang Berkawan Tidak Akan Kalah
Percayalah Wahai sahabatku.

Oh sahabatku,
Tiada Siapa Seperti mu,
Semua Orang Telah Dengar Kata Hatinya
Kata Hatiku Tiada Siapa Yang Tahu

Tiada Siapa Yang tahu Kau Milikku
Masa Yang Berlalu
Kegembiraan Yang lalu...
Bagaimana Nak Ku Lupakan..

Sahabatku, Oh Sahabatku
Tiada Siapa Sepertimu

Biarlah kau Gembira
Dimana Kau Berapa
Inilah Doa hatiku,

Sahabat, Oh Sahabatku
Biarlah Kau Gembira
Walau Apa Yang Kau Lakukan..

Sahabat, Oh Sahabatku
Kau Telah Dapat Teman Baru Dalam Hidupmu
Ku Telah Kehilangan Sahabatku..

Hendakku Berbicara Panjang
Tapi Waktu Tidak Mengizinkan
Setiap Katamu
Pertemuan Denganmu
Akan Menangiskahku Tanpamu...

Lagu Motivasi (Sahabatku)

Thank you
For simply being there
on the cloudy day.....
On the sunny day....

Thank you
For sharing you joy's
and pain with me
To showing me
that I'm so special

That my contribution count
through our friendship
I have grown as a person,
and I hope you too.
Thank you
Just for you.

For simply being my freind
For special memories
we share together now
for the never ending support
you alway gives me

I will alway love you
I can't tell you how much
that you mean to me.

I pray for our everlasthing friendship
Never ever say goodbye to yesterday
couse yesteday was so special and wonderful
I hope tomorrow will better...

Terima kasih sahabatku atas segalanya...
memori yang kita bina,
kenangan yang tercipta,
ingatan indah yang tidak akan kembali lagi...
kerinduan yang yang tidak mungkin dapat diubati...
Segalanya terlalu indah untuk dilupakan....

Sahabat zaman kecilku....mea, emy, Mohd radzi,Cik ngah, huda, mat shah, rosli....Kampung Kubang Lintah

Sahabat zaman sekolah rendah...fitri, azizi, mohd subli, shahrul nizam, jon, mariah, mohd alwi, norazah.....sek keb lepai

Sahabat zaman sekolah menengah.....Samsul, sheikh, shahir, asraf, azizul, khalil, ....Kolej Tunku Abdul hamid

Dan lain-lain sahabat yang sentiasa didalam hati ini.
Thank You very much
Sajak ini untuk kalian....

Puisi Motivasi

Jangan terlalu rapat berkawan, biarlah berpada-pada.

Semakin rapat berkawan, semakin banyak rasa tidak puas hati.

Tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita dahulu.

Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya ia akan mencelakakan.

Jauhi berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya.

Jangan berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukannya.

Jauhi bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.

Puisi Motivasi

Apa ertinya sekila emas jika dibandingkan dengan seorang anak

Semuanya sukar sebelum ia menjadi senang.

Banyak makan, banyaklah penyakitnya nanti.

sakit makan ubat, sebelum sakit baik mencegah.

Bertanggungjawablah terhadap diri sendiri, nescaya orang akan bertanggungjawab ke atas diri kita

Kecederaan lebih mudah dilupai daripada nama buruk.

Cuma satu perkara yang lebih berkuasa daripada tentera di dunia, ia adalah idea yang datang tepat pada waktunya.

masa tidaklah terlalu pantas tetapi cukup untuk kita membencinya kerana ia tidak langsung mahu menunggu kita.

Duit yang hilang boleh diganti semula tetapi masa yang berlalu akan hilang buat selamanya.

Bapa umpama tayar, jika pecah tiba-tiba pasti kenderaan tidak terkawal.

Puisi Motivasi

Seharusnya di dunia ini manusia mencintai sesamanya, tetapi celakanya hidup ini kerana kebanyakan daripada manusia hanya mencintai dirinya sendiri

Mereka yang berusaha menjatuhkan orang lain akan jatuh akibat tipu muslihat mereka sendiri.

Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambik manfaatnya.

Kita dapati sejahat-jahat orang ialah yang bermuka-muka, yang datang ke sini dengan satu muka dan ke sana dengan muka yang lain (HR Bukhari & Muslim)

Orang mukmin yang kuat fizikal & rohaninya adalah labih baik & sangat dikasihi ALLAH daripada orang mukmin yang lemah fizikal & rohaninya.

Puisi Motivasi

Berusahalah berbuat baik dengan segera, lebih baik berbuat demikian pada hari ini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek sedangkan waktu berlari kencang.

Gambaran dengki yang paling buruk adalah mengharapkan kelengyapan nikmat orang laian @ gambaran yang lebih ringan sedikit, menganggap nikmat orang lain terlalu banyak.

Perkara yang paling malang & merbahaya dalam apa-apa jua keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikerjakannya.

Tiada kesenangan yang lebih besar dalam kehidupan selain daripada berkerja.

Kegembiraan bukannya pemberian daripada fikiran kita, tetapi ialah pemberian daripada hati kita.

Thursday, January 6, 2011

Kisah Seorang Biduan

( 1 )
Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan( 2X )

( 2 )
Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan ( 2X )

( korus )
Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu ( 2X )

Rintik Hujan Di Kelopak Mawar

Gerimis telah berhenti mentari menyinar
Menerbitkan pelangi
Indahnya suasana
Rintik hujan di kelopak mawar
Punyai sejarah antara dua insan
Yang sehati sejiwa

Bagaikan sepasang rama-rama berseloka
Bebas berterbangan menikmati keindahan alam
Yang direstui
Tiada sangsi
Bersemilah cinta yang sejati
Tiada apa yang dapat memisahkannya
Pada Tuhan diserahkan

Siapa bisa menduga takdir menentukan
Bunga mawar dipuja layu di tapak tangan

Apa yang tertinggal hanya bayang meresahkan
Telah bersemadi sebuah cinta
Amat memilukan
Yang ada kini pusara sepi
Lambang kesucian sebuah hati
Teramat indah tiada yang dapat mengganti

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Bersabarlah

Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

Bunga

Merah, putih, kuning dan ungu,
warna bunga di halamanku,
segar megar sepanjang hari,
bau sungguh harum,
memikat hati.

Terbang datang si rama-rama
berkejar-kejaran menyeri bunga.

Pagi dah menjelma,
bersinar suria,
haripun cerah.

Burung-burung pula,
terbang sini sana
menyanyi riang.

Bila hari petang
burung-burung pulang
masuklah ke sarang

hari mula kelam
suria terbenam,
haripun malam

Burung Tiung

Aku burung, burung tiung berperi,
berkicauan di dalam sangkarku ini,
suaraku seperti manusia,
menegor dan bertanya siapa.

Aku burung.....burung tiong
sunguh pandai berperi

aku burung....burung tiong
sungguh pandai menyanyi

Lagu Masa Sekolah

Padi

Lihat jauh nun disana,
tekun petani kerja,
buah padi masak kuning,
isteri kerja sama.

Potong-memotong membanting padinya,
bercerailah tangkai jerami
dulu padi ditumbuk inang tampin
kini mesin jadi pengganti.

True Friend

Friend gives you smile
But true friend gives you happiness

Friend will lie about you
But true friend won’t tell your weakness

Friend knives your back
But true friend will slog your face

Thousands friends come when you’re happy
But only one true friend comes when you cry

Friend comes when he needs you
But true friend comes when you need him

Friend leaves when everybody does
But true friend comes when everybody leaves

Friend comes and leaves
But true friend is yours forever

Thank you my friend....4 everything that u give to me

Monday, January 3, 2011

Dirimu memang gagah!

Kesulitan itu aksesoris hidup,
dia kadang mengepung,
menjelma bagai helang,
menyeringai garang,
mencengkam tajam menghujan.
Dan engkau,
bagai pipit kecil
dikepung raksasa-raksasa lapar.
Pucat lesi.
Ingin berlari.
Sembunyi.
Sayapmu mungkin kecil
Paruhmu mungil
Cakarmu kerdil
Dan
Badanmu menggigil!
Tapi,
Ketahuilah!
Kekuatan itu bukan pada realiti fizikalmu,
bukan pula di aksesoris tubuhmu.
Melainkan pada motivasi di dadamu,
yang lahir dari keberserahan pada Tuhan-mu
Berserahmu itulah sahabat,
yang akan menjelma kekuatan,
yang membuat Daud kecil menyungkurkan Jalut,
yang membantu Musa menenggelamkan Fir’aun,
yang menegarkan Hajar di tandus Makkah,
yang meneguhkan Bilal di himpitan batu Umayyah
Kekuatan yang akan membuat ke-pipit-anmu menjelma rajawali.
Tangguh, teguh, kukuh, tak kenal aduh!
Berserahlah sahabat….
Pada Kekuatan yang menjagamu
Bukan menyerah
Pada kesulitan yang mengepungmu.
Tegakkan!
Kepalkan!
Hancurkan!
Sehingga rintangan itu terjungkal di hadapanmu!
Karena kutahu: Dirimu memang gagah!
Related Posts with Thumbnails