Thursday, July 15, 2010
Aktiviti 7
MASA : 15 Minit
OBJEKTIF
Menekankan bahawa masa itu amat bernilai.
Menyedarkan bahawa kita suka melengah-lengahkan masa.
KAEDAH
Semua peserta diarahkan berdiri di tempat masing-masing.
Kemudian arahkan peserta menutup mata selama 5 minit. Apabila mereka merasakan sudah 5 minit berdiri, mereka boleh duduk. Fasi tidak perlu memberikan arahan duduk
Setiap peserta secara automatic akan duduk apabila terdengar rakan-rakan mereka duduk.
Biasanya mereka akan duduk sebelum masa yang diberikan sama ada 3 minit atau 4 minit atau mungkin lebih.
Katakana pada mereka bahawa belum mencecah minit ke-5. Di sini fasi menyedarkan peserta betapa 5 minit itu panjang masanya. Pelbagai perkara boleh dilakukan.
Tekankan mengenai sikap melengah-melengah kerja dan sikap 5 minit itu sekejap sahaja.
RASIONAL
5 minit itu sebenarnya berharga.
Penuhi dan gunakan masa dengan sebijak mungkin.
Setiap masa diberi kesempatan untuk mempergunakan 24 jam x 60 minit = 1440 minit sehari.
Aktiviti 6
Masa : 30 Minit
Objektif
• Melatih pelajar berfikir dengan cepat dan cekap.
• Melihat perbandingan persepsi antara pemikiran individu.
• Melihat percanggahan idea dari ahli kumpulan.
Peraturan
• Cerita yang disambung, mestilah bebas daripada unsure-unsur lucah dan perkataan-perkataan yang kotor.
Bahan : Kertas A4, Pensel
Gerak Kerja
• Kumpulan dipecahkan kepada dua kumpulan.
• Permainan dimulakan dengan memberikan satu perenggan cerita sebagai gambaran awal pada cerita yang akan dibentuk.
• Masa yang diberikan bagi menyambung cerita itu adalah selama 8 minit. 2 minit lagi adalah masa untuk salah seorang ahli kumpulan membaca cerita yang disambungkan tadi.
• Sehelai kertas akan diedarkan kepada setiap kumpulan bermula dengan ahli pertama dalam setiap kumpulan. Ahli lain perlu menyambung sebaris ayat sahaja dan ditambah sebaris ayat lagi oleh ahli seterusnya.
• Orang yang terakhir sekali ataupun orang yang masih menyambung ayat pada minit kelapan dikehendaki membaca cerita yang sudah disambung tadi.
Gambaran awal cerita yang diberikan dalam permainan ini adalah seperti berikut:
“Pada suatu malam, ketika aku sedang tidur di rumah, aku terjaga dan menyedari langsir di bilikku bergerak-gerak seperti ditiup angina yang kuat. Aku turun dari katil untuk menutup tingkap yang terbuka dan aku terkejut kerana mendapati tingkap itu sebenarnya tidak terbuka. Kemudian…………..”
Aktiviti 5
MASA : 60 Minit.
OBJEKTIF
• Berkenalan antara satu sama lain.
• Menghilangkan rasa malu dan segan dalam masa yang singkat
• Membuat penilaian terhadap diri dan orang lain.
BAHAN
Separuh kertas saiz A4, pen/pensel
KAEDAH
• Peserta diminta memilih sejenis binatang yang paling disukai dan melukiskannya dengan jelas.
• Tuliskan satu ayat tentang sifat haiwan yang telah dilukis tadi. Ayat ini hendaklah jelas dan dapat dibaca peserta lain.
• Semua peserta kemudiannya dikehendaki mempamerkan gambar dan ayat yang telah siap. Baca ayat-ayat tersebut dengan kuat dan mengikut giliran.
• Fasi kemudian mengarahkan peserta menukarkan nama binatang kepada nama mereka sendiri.
• Sekali lagi peserta dikehendaki membaca dengan kuat ayat yang telah diubah.
• Sebagai penutup, fasi akan menyampaikan rasional aktiviti.
RASIONAL
• Mengetahui sejauh mana kejujuran seseorang individu.
Memupuk keberanian peserta mengakui hakikat/realiti
Aktiviti 4
Masa : 30 minit
Alat : Lampiran 1, Borang Jawapan Kajian Kes – Terperangkap di Gurun Sahara.
Objektif :
1. Supaya peserta dapat bertindak pantas beserta dengan pemikiran yang tajam.
2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru
3. Menggalakkan setiap ahli memberikan pendapat dan pandangan serta mempertahankan pendapat dan pandangan masing-masing.
Pelaksanaan Aktiviti :
1. Fasilitator akan mengedarkan lampiran 1 dan Borang Kajian Kes-Terperangkap di Gurun Sahara kepada peserta.
2. Setiap peserta diminta meneliti lampiran tersebut dan tugasannya.
3. Fasi mengarahkan setiap peserta dalam masa 20 minit untuk menyediakan senarai 15 barangan mengikut keutamaan dengan mengikut pemikiran sendiri tanpa berbincang atau dipengaruhi oleh orang lain. Peserta dikehendaki menulis senarai mengikut keutamaan di dalam borang kajian kes. Dalam masa 20 minit secara individu setiap peserta dikehendaki menyenaraikan 15 barangan mengikut keutamaan yang perlu untuk menyelamatkan diri anda dan rakan-rakan didalam borang kajian kes.
4. Setelah selesai setiap ahli perlu pula berbincang dengan ahli kumpulan yang lain untuk menyenaraikan 15 barangan mengikut keutamaan. Fasilitataor meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan barangan tersebut.
5. Peserta-peserta lain diminta memberikan pendapat. Segala keputusan penyusunan akan disenaraikan pada borang jawapan kajian kes- Terperangkap di Gurun Sahara di ruangan Pilihan Kumpulan (B).
6. Setelah setiap peserta berpuas hati dan telah membuat keputusan kumpulan mereka dikehendaki pula untuk mempersembahkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan-kumpulan lain.
7. Kumpulan lain boleh membangkang, menyoal atau memberikan komen terhadap pemilihan yang dibuat oleh sesuatu kumpulan.
8. Setelah semua kumpulan telah mempersembahkan hasil mereka, ketua fasi akan membimbing setiap peserta untuk mengira jumlah perbezaan antara pilihan mereka dengan pilihan yang sepatutnya. Dari keputusan yang diperolehi peserta akan dapat mengetahui tentang peluang mereka untuk selamat dengan penyusunan barangan yang dibuat.
FALSAFAH :
1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.
2. Tenang menghadapi saat-saat genting.
3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.
Aktiviti 3
Masa : 30 minit
Alat : Bola yang pelbagai jenis
Objektif :
1. Supaya peserta dapat berlatih bagaimana untuk berfikir dan bertindak dengan pantas
2. Menggalakkan peserta untuk berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
3. Menggalakkan persaingan sihat antara kumpulan
4. Membentuk suasana yang seronok dan selesa antara peserta.
Pelaksanaan Aktiviti :
1. Setiap peserta dikehendaki berkumpul didalam kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan akan membentuk bulatan kecil.
3. Setiap kumpulan akan diberikan satu bola. Dalam masa yang yang paling pantas setiap peserta dikehendaki membaling bola dan paskannya kepada setiap ahli. Pastikan setiap ahli dapat bola tersebut. Mulakannya dengan bola 1, 2, 3 dan seterusnya.
4. Orang pertama paskannya ke orang seterusnya dan begitulah seterusnya sehingg orang terakhir yang dapat bola tersebut.
5. Apabila semua telah selesai maka kumpulan tersebut semua sorak kumpulan.
6. Pemenang akan diberikan ganjaran dan kumpulan yang paling lambat akan didenda
Aktiviti 2
Masa : 15 minit
Alat : Tiada
Objektif :
1. Membentuk identiti kumpulan
2. Menggalakkan peserta untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi antara satu sama lain.dan tidak merasa takut atau malu berinteraksi.
3. Menggalakkan peserta menunjukkan kelebihan dan keupayaan diri
4. Menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan.
5. Mmembuang perasaan malu para peserta.
6. Menggalakkan peserta berasa selesa dengan setiap ahli.
Pelaksanaan Aktiviti :
1. Setiap kumpulan akan berkumpul dikawasan lapang yang bersesuaian mengikut kumpulan.
2. Ahli-ahli duduk dalam satu bulatan.
3. Ahli kumpulan diminta melantik seorang ketua dan penolong.
4. Setiap ahli mestilah diberikan peranan/tugas.
5. Namakan kumpulan, cipta cogankata kumpulan dan sorakan kumpulan.
6. Fasilitator membimbing peserta.
Ice Breaking 1
Tajuk : Kolej idol
Masa : 30 minit
Alat : Lirik lagu
Objektif :
- Menggalakkan peserta supaya tidak merasa takut atau malu berinteraksi.
- Menggalakkan peserta menunjukkan kretiviti masing-masing
- Menguji kebijaksanaan peserta dalam mencari kumpulan.
- membuang perasaan malu para peserta.
- Menggalakkan peserta berasa selesa dengan setiap ahli.
Pelaksanaan Aktiviti :
1) Fasilitator memesukkan senarai lirik lagu yang tidak lengkap ( yang telah digulung ) ke dalam sebuah kotak dan menggaulkannya.
2) Edarkan kotak itu dan minta setiap peserta mengambil satu tiap-tiap oarang dan terus menyimpannya tanpa menunjukkan kepada rakan-rakan.
3) Peserta diberikan masa satu minit untuk membuka gulungan lirik lagu dan membacanya.
4) Dalam masa 5 minit peserta dikehendaki melengkapkan lirik lagu tersebut dimana dia perlu mencari lirik lagu yang seterusnya dari rakan-rakan sehingga menjadi suatu lirik yang lengkap. Kumpulan yang telah melengkapkan lirik lagu, mereka boleh berkumpul dimana-mana kawasan lapang.
5) Setelah 5 minit berakhir, kumpulan yang masih gagal melengkapkan lirik akan didenda.
6) Setelah semua kumpulan telah selesai mereka dikehendaki mempersembahkan nyanyian lagu mengikut lirik yang mereka dapat.
7) Fasi akan menilai persembahan setiap kumpulan dan markah akan diberikan. Kumpulan yang menang akan diberikan ganjaran.
8) Fasilitataor mengarahkan mereka berdiri dalam barisan kumpulan.
9) Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana tertentu, kita kadangkala mengetepikan rasa segan sili lalu mengambil bahagian. Dengan demikian, ahli akan berasa selesa sesama sendiri dan mampu menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.
Madah 1
(an-Nahl:125)
“Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu dengan orang-orang yang kamu bermusuh-musuhan itu dengan kasih sayang”.
(Al-Mumtahinah:7)
“Kamu tidak mungkin akan menguasai orang ramai dengan dengan harta kekayaan kamu, tetapi kuasailah mereka dengan wajah yang berseri-seri dan budi pekerti yang luhur”
Maksud Hadith
“Kiranya seseorang kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah diberitahukan kepadanya”.
Maksud Hadith
“Beri memberilah antara kamu, niscaya kamu akan cinta mencintai antara sesama kamu”.
Maksud Hadith
“Modeling may not only the best way to teach; it may only way to teach”.
Albert Schweitzer
“Catch people in the act of doing something right”.
Ken Blanchard
“We need to have respect and love for all things and all people”.
Don Doyhis
“People rarely succeed at anything unless they are having fun doing it”.
La Rochefoucauld
There are two things people want more than sex and money, that’s praise and recognition”.
Mary Kay Ash
“Many managers ignore or undersestimate the power of praise”.
Roger Flex
I can live for two months on a good compliment”.
Mark Twain
46% of those who quit their jobs last year did so because they felt unappreciated”.
U.S.Department of Labor
“Not a gift of cow, nor a gift of land, nor yet a ift of food, is so important as the gift of safety, which is declared to be the great gift among all”.
Panchatantra (5th.Century)
Pembuat Jembatan
Sampailah ia menjelang dingin dan bekunya malam;
Di sebuah jurang menganga lebar dan dalam,
Lelaki itu menyeberang dalam keremangan senja,
Arus yang suram dan tak ramah tidak menakutkannya;
Tetapi ia berbalik ketika selamat sampai di seberang,
Dan di atas arus itu dibangunnyalah jembatan.
"Hai pak tua," kata seorang pengembara menghampiri,
"Kau membuang-buang tenaga, membangun jembatan disini;
Perjalananmu akan berakhir di ujung hari ini,
Kau tak akan lagi melewati jalan ini;
Kau telah melintasi jurang lebar dan dalam,
Mengapa membuat jembatan sepanjang malam?"
Lelaki tua itu mendongakkan kepalanya yang telah beruban,
"Kawan yang baik," katanya.
"Akan mengikuti diriku hari ini,
Anak muda yang harus menapaki jalan ini;
Jurang yang kulintasi tanpa susah payah,
Bagi pemuda itu akan menjadi bencana;
Dia pun harus melintas di keremangan senja.
Kawan yang baik, aku membangun jembatan ini baginya."
(Pembuat Jembatan, oleh Will Allen Dromgoole)
Wasiat untuk suami
Dan burung-burung berkicauan penuh riang
Ikan-ikan berenang kegembiraan
Aku terbaca satu bait-bait puisi
Yang tercatat dalam sebuah risalah lama
Dari seorang insan bergelar isteri
Buat suami dan anak-anak yang tercinta
"Inilah wasiatku buat suamiku dan anak-anakku yang dikasihi
Semoga ia dapat mengingatkan kita betapa hidup ini
Adalah sementara dan pemergianku ini adalah satu perjalanan
Dari dunia yang sementara kepada satu dunia
Yang lebih baik dan kekal abadi..."
Pesanan ini membuatku penuh insaf
Airmata bercucuran membasahi pipiku
Bahawa kita semua akan berpisah
Dari isteri atau suami dan anak-anak yang tercinta
Siapa dulu yang dapat menemui TuhanNya
Siapa pula yang akan mendapat giliran seterusnya
Adakah itu satu perjalanan menuju nikmat
Atau pula jalan menuju azab siksa?
Pada suami yang mungkin sudah terlupa
Pandanglah wajah isterimu dengan penuh kasih sayang
Ucaplah kata-kata yang dapat menggembirakan
Kerna nanti sampai saat engkau tidak dapat lagi berbuat demikian
Tika engkau hanya dapat membisikkan doa dan surah al-Fatihah
Di atas hamparan kuburan yang masih merah
Waktu itu engkau akan mengetahui
Bahawa teman mu yang paling setia telah pergi
Buat selama-lamanya
Tidak akan ada pengganti yang semisalnya
Hanya kenangan dalam lipatan penuh indah
Yang belum tentu akan dapat mengubati luka hatimu
Oleh itu wahai temanku
Ingatlah pesananku ini
Damaikanlah hati isterimu
Dengan wajahmu yang penuh ceria
Agar nanti engkau tidak menyesal
Membiar waktu dan peluang keemasan
Yang dipinjam Allah buat kita semua
BEING IN A FRIENDSHIP
Is a release
Because you can share with them your frightening tears,
Being in a friendship
Is a wonderful gift
Because they can wipe away your sadness tears,
Being in a friendship
Is a truly bliss
Because you can laugh in loud and crazy cheers,
Being in a friendship
Are moments to cherish
Because you will remember them when they’re disappears.
Being in a friendship
Sometimes it’s hard
When your faith fluctuating in your heart,
Being in a friendship
Sometimes leave marks
When your mind disagree with your friend’s luck.
Being in a friendship
Sometimes put blocks
When your friend start to refuse to talk,
Being in a friendship
Sometimes gain dark
When they leave you alone with no door to knock,
Being in a friendship
Bring happiness
They make you laugh like you’re gonna die
Being in a friendship
Bring sadness
They let you cry with their story of lies
Being in a friendship
Brings anger
They let you dash thing but still deny
Being in a friendship
Brings everything
That makes your life a perfect journey
Being in a friendship
Is so interesting
When it’s a friendship between you and me.
GURU
Pendandan iman, penjana taqwa
Penggubah hemah, penjalin disiplin
Penyumbi budi, perapi pekerti
Pembancuh roh, pemateri peribadi
Pengukir daya fakir, penyolek intelek
Pencanai perangai, pemintal amal
Penyala daya cipta, perona rupa
Pengolah tingkah, penggembur tasawwur
Pemahat semangat, penala daya usaha
Pencanting daya saing, pemilin yakin
Pelentur tutur, pengarca bahasa
Pengandam azam, pembaja cita-cita
Penggilap sikap, penyusun santun
Pemahat minat, pengilat bakat
Pensasa raga, pencerna persona…
Guru adalah muaddib bijaksana
Tekun sabar mengadun tamaddun
Bagai lilin memperkasakan watak
Guru adalah murabbi cendekiawan
Gigih adalah meramu ilmu
Bagai obor mengupayakan minda
Guru adalah mufakkir istimewa
Giat rajin membaji jatidiri
Bagai lampu menjelitakan wibawa
Guru adalah mursyid pendeta
Jujur ikhlas mewarna budaya
Bagai lentera memperkayakan etika
Guru adalah mujahhid peka
Iltizam istiqomah melepa jiwa
Bagai bara mewajakan maruah
Guru adalah mu’alim mempersona
Budiman ihsan mengukir wawasan
Bagai unggun menceriakan impian…
APAKAH MILIK KITA
padi jadi hak orang
padi di kepuk kita
berasnya diambil orang
nasi di pinggan kita
kenapa dimakan orang?
Laut di negeri kita
bot dimiliki orang
pukat kita yang punya
ikan pulak disesah orang
pengkalan kita yang bina
tapi menjadi laluan orang
Dusun di kebun kita
Tanahnya milik orang
benih kita yang tanam
buahnya dikebas orang
hutan kita yang tebang
kenapa dangau dipunyai orang?
Telaga di laman kita
Timbanya dimiliki orang
Kita jenuh gali telaga
Airnya menjadi hak orang
Kenapa yang elok dapat kat orang
Yang teruk dapat kat kita
Kenapa hak orang tak kena ke kita
Hak kita pun tak dapat ke kita
Lantas kalau nak pujuk hati kita
Kenalah insaf bahawa segalanya
Bukanlah hak mutlak sesiapa jua
Kerana dunia ini sebenarnya
Adalah persinggahan sementara
Menjalani ujian Allah Yang Maha Esa!
-AZIM (MAJALAH UJANG)
Bersyukurlah
berarti aku masih punya keluarga yang utuh.
Membersihkan piring dan gelas kotor setelah menerima tamu di rumah,
karena itu aku berarti aku dikelilingi teman-teman.
merasa lelah dan pegal linu setiap sore,
sebab itu berarti aku mampu bekerja keras.
Pakaianku terasa agak sempit,
karena itu berarti bahwa makananku cukup kenyang.
Mencuci dan menyetrika tumpukan baju,
sebab itu berartiaku memiliki pakaian.
membersihkan halaman rumah, membersihkan jendela, memperbaiki talang dan got,
karena itu berarti aku memilikitempat tinggal.
Duduk kembali di kantor,
berarti masih ada perusahaan yang mau memperkerjakan aku
bahkan perusahaanmasih mampu membayar gaji setiap bulan.
Mendengar nyayian suara yang fals,
karena itu berarti aku bisa mendengar.
Mendengar bunyi jam alarm di pagi hari,
sebab itu berarti aku hidup.
PENYAIR DARI GUNUNG
yang turun ke lembah
padang hijau dan datar
engkau redah
Engkau pukulkan tongkat saktimu
ke batu bisu
lalu batu terbelah
dan menjadi tugu
Sekali engkau bersuara
langit kembali cerah
mendung berlalu
kicau burung kembali riang
Simpankan sahaja air matamu
si penyair dari gunung
usah engkau tumpahkan
di padang datar ini
kerana tangismu
menzahirkan banjir!
Pukulkan sahaja tongkatmu
ke batu itu
dan lontarkan suaramu
ke kaki alam.
’Kegagalan’
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi
Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai
Apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari
Sesuatu
Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh
Kerana mencuba
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,
Bersemangat waja – berbanggalah dengan diri anda
Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan
Berjaya
Ia hanyalah bermakna anda memerlukan sedikit lagi
Masa
Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia bermakna anda berpeluang untuk
Bermula semula; mencuba sesuatu yang baru
Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah
Meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan
yang lebih baik
jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad.
Selekoh di Jalan
Dan kau pasti lagunya telah berakhir,
Dan bagimu sudah tiada sebab untuk hidup lagi,
Dan kegelapan malam telah turun menabir,
Di mana dapat kau cari kekuatan,
Perlukah terus kau menangis sendiri?
Di mana boleh kau cari tangan yang akan
Mengeringkan,
Titisan air mata tangisan hati.
Bila kau berduka dan putus harapan,
Melihat apa yang kau fikir penghujung jalan,
Tuhan akan membisikkan, ”Tunggulah hari esok
Kemunculan,”
Patah hatimu ini hanyalah selekoh di jalan.
( Selekoh di jalan, selekoh di jalan
Selekoh di jalan, selekoh di jalan)
Jalanmu pasti melewati selekoh ini,
Kau pasti menyanyi bila meneruskan perjalanan,
Harapan dihatimu pasti membara kembali,
Bila kau melihat sinaran cahaya impian
Bersenanglah mengetahui Tuhanmu bersamamu,
Akradnya DIA melebihi sebarang teman,
Bahawa bahagia menantimu nun selepas selekoh
Di jalan
SUNGGUH BERTUAH SEKALI
Apakah ALLAH telah melupakan daku, dan
Meninggalkanku sendiri
Lalu aku mengingati, semasa segala dugaan dan derita
DIA selalu bersamaku,
Sungguh bertuah sekali diriku.
Aku bermohon kepada ALLAH kekuatan, agar mampu
Kumencapai,
Aku dijadikanNYA lemah, agar kubelajar mentaati dengan
Rendah diri
Aku memohon kesihatan, agar mampu melakukan perkara
Besar,
Aku dikurniaNYA kerengsaan, agar mampu ku lakukan
Perkara baik
Aku memohon kekayaan, agar aku bahagia,
Aku dikurniakanNYA kemiskinan, agar aku bijaksana.
Aku memohon kuasa, agar aku dihamburi pujian insan,
Aku dikurniakanNYA kelemahan, agar kerasai perlunya ALLAH,
Aku memohon segalannya, agar mampu kunikmati
kehidupan,
Tidak kuperolehi apa yang ku pinta – tetapi segala yang
Kuharap,
Dan walau begitu kejahilanku, doa yang tidak kulafazkan
Semuanya dimakbulkan.
DIA selalu bersamaku,
Sungguh bertuah sekali diriku.
UMUR UNTUK BAYANGAN JIWA
Jika tiada lagi harapan, jika kau tidak lagi
Memandang ke depan
Jika bahang azammu telah kedinginan,
Maka tualah kamu demikian.
Tapi jika kau menikmati hidup penuh daya,
Dan dalam hidup kau masih mampi berjenaka,
Jika kau masih cinta pada asmara,
Maka pastilah kamu masih belum tua.
Walau bagaimana masa itu berlalu,
Walau berapa hari jadimu yang berterbangan
JADILAH DIRIMU SENDIRI YANG TERBAIK
Jadilah aur di lembah, tapi jadilah
Aur yang terangun di sisi bukit
Kalau bukan pokok, aur saja punjadilah
Jika kau tak boleh menjadi rinbum, jadilah rumput
Dan hiasalah jalan di mana-mana
Jika kau tak dapat menjadi haruan, jadilah sepat
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya
Bukan semua boleh menjadi nakhoda, lainnya harus
Mengikut saja
Pasti ada sesuatu untuk semua. Kerana
Ada tugas yang mana lebih berdekatan
Jika kau tak dapat menjadi bulan, jadilah bintang
Jika kau tak boleh menjadi jagung, jadilah keledek
Bukannya mengikut besar kau kalah atau menang
Jadilah dirimu sendiri yang terbaik
Wanita itu
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
"Alangkah tak malunya lelaki ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
"Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
Moral:
Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Hati Seorang Ayah
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"
Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
Moral:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.
Boy dan Girl
Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.
Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu Boy, "Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !"
Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahun...
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.
Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !
Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.
Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.
Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.
Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.
Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, "Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah meninggal dunia. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. "
Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.
Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.
"Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah".
Pembuat Jam
"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya si pembuat jam.
"Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"
"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.
Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.
Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan
Cinta sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. Tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.
“Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!” teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab, “Ohh! Maafkan aku Cinta”, kata Kekayaan. “ Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini.”
Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan sebuah perahu.
“Kegembiraan! Tolonglah aku!” teriak Cinta. Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.
“ Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!“ teriak Cinta
“Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini.” sahut Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis terisak-isak.
“Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?” rintihnya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pulak Kesedihan dengan perahunya.
“Ohh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,” kata Cinta.
“Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian…” kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. “Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa Cinta?.”
Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya, “Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!.” Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.
“Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.
Cinta pun bertanya lagi. “Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,” tanya Cinta kehairanan.
“Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu…” kata orang itu. Setelah itu fahamlah Cinta akan kepentingannya di dunia ini.
Moral:
Adakah CINTA perlukan KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN dan KEGEMBIRAAN?
Kasih Sayang, Kejayaan dan Kekayaan
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
Hadiah Dari Ayah
"Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna.
Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut.
Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :-
"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah.
Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan.
Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.
Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
~Muhammad Salleh~
Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.
Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya.
Moral:
Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.
Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.
Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.
Lelaki
Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.
Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.
Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.
"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.
Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.
Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.
"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya.
"Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda.
Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.
"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.
"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.
Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."
Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.
Seorang Gadis Bernama Li-Li
Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.
Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.
Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"
Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."
Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.
Dia memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."
Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.
Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.
Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.
Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.
Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."
Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."
Moral:
Pernahkah anda menyedari bahawa sebagaimana perlakuanmu terhadap orang lain akan sama dengan apa yang akan mereka lakukan terhadap kita?
"Pepatah China berkata: Orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi"
Tikus
Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."
Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, "Ada perangkap tikus didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang bias kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu ada dalam doa doaku!"
Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. " Oh… sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa.
Jadi tikus itu kembalilah kerumah, kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.
Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu.
Penyakit isterinya berlanjut sehingga teman teman dan jiran tetangganya dating menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.
Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Dia mati, jadi makin banyak lagi orang orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih
lembunya agar bisa menjamu makan orang orang itu.
Moral kisah ini: Lain kali bila kau dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kau fikir itu tiada kaitan denganmu, ingatlah bahawa apabila ada perangkap tikus didalam rumah, seluruh rumah pertanian ikut menanggung risikonya.
1. Kisah Kopi Masin
Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.
"Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang", kata si gadis dalam hatinya.
Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, "Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya."
Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.
Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, "Kebiasaanmu sangat aneh?".
"Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini",jawab si laki-laki.
"Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana", lanjutnya dengan mata berlinang.
Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya...Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian...kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.
Untung saja ada kopi masin !
Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia... Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:
"Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu---tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu... Sekarang saat kau membaca
Sambil membaca, airmatanya membasahi
Suatu hari seseorang telah bertanyanya, "Bagaimana rasa kopi masin?"
Si gadis pasti menjawab, "Rasanya begitu manis."
Moral:
Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi...