Tuesday, February 5, 2019

Aktiviti 8

SAUDARA LAKONKAN SAYA TEKA

MASA :30 Minit.

OBJEKTIF
• Melatih pemain supaya berfikiran kreatif dan kritis
• Menguji keupayaan berkomunikasi dan interpretasi pemain.
• Memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan antara pemain.

BAHAN
Lampiran “KLU, pen/pensel, kertas A4

KAEDAH
• Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pemain.
• Tiga orang pemain masing-masing memegang watak sebagai ‘Pelakon’, ‘Peneka’, dan ‘Orang yang Menunggu’,.
• Dalam masa 2 minit, soalan diberi bereturut-turut oleh fesi. Pelakon hanya berlakon di samping mengeluarkan bunyi tanpa bercakap. Daripada klu yang diberikan oleh pelakon, peneka perlu meneka jawapannya. Apabila peneka berjaya memberikan jawapan yang betul, 1 markah diperolehi dan soalan baru akan dikemukakan. Pada masa yang sama pelakon, peneka dan orang yang menunggu akan bertukar watak mereka.
• Sekiranya peneka tidak dapat memberikan jawapan yang betul selepas beberapa kali percubaan, pelakon ataupun arang yang menunggu bolej menyebut ‘ soalan yang berikut’. Jadi soalan baru akan dikemukakan. Dengan syarat, setiap kumpulan hanya diberi peluang menyebutnya sebanyak tiga kali.



Soalan
1. Gosok gigi
2. Roti canai
3. Tarik tali
4. Tarzan
5. Sakit perut
6. Harimau
7. Gunung
8. Berlari
9. Berjalan

Aktiviti 7

SAUDARA LAKONKAN SAYA TEKA

MASA :30 Minit.

OBJEKTIF
• Melatih pemain supaya berfikiran kreatif dan kritis
• Menguji keupayaan berkomunikasi dan interpretasi pemain.
• Memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan antara pemain.

BAHAN
Lampiran “KLU, pen/pensel, kertas A4

KAEDAH
• Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pemain.
• Tiga orang pemain masing-masing memegang watak sebagai ‘Pelakon’, ‘Peneka’, dan ‘Orang yang Menunggu’,.
• Dalam masa 2 minit, soalan diberi bereturut-turut oleh fesi. Pelakon hanya berlakon di samping mengeluarkan bunyi tanpa bercakap. Daripada klu yang diberikan oleh pelakon, peneka perlu meneka jawapannya. Apabila peneka berjaya memberikan jawapan yang betul, 1 markah diperolehi dan soalan baru akan dikemukakan. Pada masa yang sama pelakon, peneka dan orang yang menunggu akan bertukar watak mereka.
• Sekiranya peneka tidak dapat memberikan jawapan yang betul selepas beberapa kali percubaan, pelakon ataupun arang yang menunggu bolej menyebut ‘ soalan yang berikut’. Jadi soalan baru akan dikemukakan. Dengan syarat, setiap kumpulan hanya diberi peluang menyebutnya sebanyak tiga kali.



Soalan
1. Gosok gigi
2. Roti canai
3. Tarik tali
4. Tarzan
5. Sakit perut
6. Harimau
7. Gunung
8. Berlari
9. Berjalan


Aktiviti 1

Tajuk : Wah! Topi Dia
Masa : 30 minit
Alat : Manila kad 5 warna berlainan, marker pen 10 batang ( 5 warna merah dan 5 biru), 5 bilah gunting dan 5 stepler.
Objektif :
1. Membuat topi dan pengenalan diri
2. Menggalakkan setiap kumpulan untuk menunjukkan kreativiti masing-masing

Pelaksanaan Aktiviti :
1. Setiap ahli kumpulan akan diberikan satu manila kad . Mereka dikehendaki membuat topi@cup dari manila kad yang dibekalkan dan menulis nama gelaran mereka diatas topi berkenaan.
2. Mereka kemudiannya dikehendaki menghias topi tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Hiasan atau corak tiap-tiap topi hendaklah sama antara setiap ahli.
3. Setiap peserta dikehendaki memakai topi tersebut sepanjang minggu msr dan jika hilang atau rosak mereka akan didenda.

Wasiat untuk suami

Tika mentari pagi mula menyinar

Dan burung-burung berkicauan penuh riang

Ikan-ikan berenang kegembiraan

Aku terbaca satu bait-bait puisi

Yang tercatat dalam sebuah risalah lama

Dari seorang insan bergelar isteri

Buat suami dan anak-anak yang tercinta



"Inilah wasiatku buat suamiku dan anak-anakku yang dikasihi

Semoga ia dapat mengingatkan kita betapa hidup ini

Adalah sementara dan pemergianku ini adalah satu perjalanan

Dari dunia yang sementara kepada satu dunia

Yang lebih baik dan kekal abadi..."



Pesanan ini membuatku penuh insaf

Airmata bercucuran membasahi pipiku

Bahawa kita semua akan berpisah

Dari isteri atau suami dan anak-anak yang tercinta

Siapa dulu yang dapat menemui TuhanNya

Siapa pula yang akan mendapat giliran seterusnya

Adakah itu satu perjalanan menuju nikmat

Atau pula jalan menuju azab siksa?



Pada suami yang mungkin sudah terlupa

Pandanglah wajah isterimu dengan penuh kasih sayang

Ucaplah kata-kata yang dapat menggembirakan

Kerna nanti sampai saat engkau tidak dapat lagi berbuat demikian

Tika engkau hanya dapat membisikkan doa dan surah al-Fatihah

Di atas hamparan kuburan yang masih merah



Waktu itu engkau akan mengetahui

Bahawa teman mu yang paling setia telah pergi

Buat selama-lamanya

Tidak akan ada pengganti yang semisalnya

Hanya kenangan dalam lipatan penuh indah

Yang belum tentu akan dapat mengubati luka hatimu



Oleh itu wahai temanku

Ingatlah pesananku ini

Damaikanlah hati isterimu

Dengan wajahmu yang penuh ceria

Agar nanti engkau tidak menyesal

Membiar waktu dan peluang keemasan

Yang dipinjam Allah buat kita semua

Pembuat Jam

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"
"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya si pembuat jam.
"Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"
"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Pendaftaran Pelajar Baru KKHL Sesi Julai 2010


Selamat Datang dan Selamat Meneruskan Perjuangan

Pendaftaran Pelajar Baru KKHL adalah pada 13 Julai 2010(Selasa). Proses Pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam sekitar 1.00 petang. Pada sesi kali ini KKHL menawarkan dua jenis kursus iaitu Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Modular Penyaman Udara Domestik. Secara keseluruhannya, bilangan pelajar yang mendaftar pada hari pertama pendaftaran adalah adalah seramai 118 orang dimana untuk pelajar MPU( Modular Penyaman Udara) adalah 64 orang, sementara untuk pelajar STM(Sijil Teknologi Maklumat) adalah seramai 54 orang. Walau bagaimanapun proses pendaftaran dan pengambilan pelajar akan berterusan selama sebulan. Minggu suai kenal pelajar akan diadakan pada 15-16 Julai 2010(Khamis&Jumaat).

Senarai Pensyarah Kelas untuk Pelajar Baru Sesi Julai 2010 adalah seperti berikut :


1) Modular Penyaman Udara 1 (PU 1) - En.Shahrul Nizam Bin Mohd Mahpal





2) Modular Penyaman Udara 2 (PU 2) - Pn Fardanadia Binti Sulaiman3) Sijil Teknologi Maklumat 1 (STM 1A) - Cik Noorul Ain Bin Shariff
4) Sijil Teknologi Maklumat 2 ( STM 1B) - Pn. Tilkavati A/P Muthusamy

Nasihat Buatmu

Mutiara Kata

































Sekolahku UntukMu

Sekolah Kebangsaan Lepai
1987-1992 dalam kenangan
Darjah 1-5 kelas H
Darjah 6 kelas B














Related Posts with Thumbnails