Saturday, November 20, 2010

Panduan Untuk Membina Kuasa Diri

1. Pegang teguh pada hak manusia. Selalu pertahankan hak orang lain, termasuk hak orang yang anda tidak setujui. Selalu ingat anda tidak perlu bertengkar untuk mempertikai seseorang.
2. Sentiasa hormati harga diri setiap orang. Melayan setiap orang dengan baik. ( every woman like a lady, every man like a gentleman)
3. Amalkan kata-kata hikmat yang diberikan kepada semua orang.
4. Selalu tunjukkan keperihatinan yang mendalam kepada kebajikan manusia.
5. Selalu tunjukkan kesungguhan melayan setiap orang dengan baik seolah-olah mereka sedarah sedaging.
6. Bersikap ramah terhadap kenalan baru.
7. Jangan pentingkan diri dan bangsa.
8. Menerima kesilapan serta kelemahan watak orang disekeliling anda.
9. Kekalkan keinginan sihat, cergas bersemangat dan aktif.
10. Jangan jemu mencari pengalaman
11. Bersikap terbuka terhadap perkara yang remeh
12. Pastikan anda membantu semua orang pada bila-bila masa, di mana saja, dan bagaimana carapun.
13. Cari kualiti dalaman yang menjadikan seseorang bukan menilainya dari luaran.
14. Sedar bahawa perbuatan yang tidak dapat anda lakukan tidak menjadikannya tugas yang mustahil dibuat.
15. Terima perkara yang anda tidak dapat ubah, tetapi bersikap berani mengubah perkara yang dapat anda ubah. Perlu bijak membezakannya.
16. Jangan harapkan kesamaan pendapat atau cuba menyamakan perbezaan.
17. Jangan bandingkan keseronokan orang lain dengan ukuran anda.
18. Selalu berikan teladan untuk diikuti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails