Saturday, July 24, 2010

Waktu yang dihabiskan

Bagaimana anda menghabiskan masa satu jam jam yang lepas..? Apa yang akan anda kerjakan pada jam berikutnya..? Apakah di akhir hari ini anda dapat melihat kembali segalanya dengan puas – karana telah mencapai SESUATU ?

Pencapaian bukan sesuatu yang datang sendiri kepada anda. Pencapaian adalah sesuatu yang anda kerjakan dengan minit, jam dan hari yang anda luangkan. Sekarang adalah waktunya untuk mengerjakan hal itu.

Jangan siakan masa dan usia anda. Ingatlah lima perkara sebelum tiba lima perkara. Semoga anda berpuas hati dengan apa yang telah anda kerjakan hari ini. Anda boleh tido lena dan berbangga pada diri anda sendi atas pencapaian hari ini dan besok dengan keazaman baru

Bersyukurlah

Hidup ini lebih mudah jika kita berfikir secara terbuka. Luaskan minda dan pandangan kita. Terbuka melihat hal-hal kecil di sekitar kita, terbuka menerima cubaan dan dugaan yang sedikit menghambat perjalanan kita, terbuka dalam berfikir, begitu beruntungnya kita jika dibandingkan dengan orang lain, dan masih banyak lagi keterbukaan yang harus kita lakukan dalam menyingkapi hidup.Oleh itu berterima kasihlah kepada ALLAH atas segala Takdir-Nya. Alangkah beruntungnya kita

Friday, July 23, 2010

Memelihara Mimpi

Sebelum sebatang pohon dapat tumbuh tinggi, terlebih dahulu ia harus menanamkan akarnya jauh ke dalam tanah, demi memperoleh zat gizi. Sama dengan mimpi anda. Bila anda ingin impian berubah menjadi kenyataan, anda harus mencari cara untuk memberi makan dan memelihara mimpi anda.

Sangat tidak realistis untuk berharap bahawa anda dapat mencapai bintang, tanpa terlebih dahulu menanam akar dalam tanah padat. Bermimpi itu mustahil – sesuatu yang hidup di alam khayal. Namun mewujudkannya di alam nyata memerlukan perjuangan yang kuat dan berterusan


Tujuan
Sejenak mari kita berjalan mengimbau kembali ke 6 tahun yang lalu. Dari tahun 2004 hingga ke saat ini, berapa banyak kah peristiwa yang dapat tersimpan dan memberi kesan kepada anda. Berapa banyak kenangan yang menjadi memori indah yang tersimpan di album hati Anda?

Ok, kita tutup lembaran lama itu. Tidak elok terkenang-kenang perkara yang telah berlalu. Karana masa bergerak terlalu lagu tanpa menunggu kita.

Sepuluh tahun dari sekarang. Adakah anda akan ingat tentang HARI INI…? Apakah pakaian yang anda pakai, atau yang anda makan semasa makan tengah hari, atau cerita apa yang anda tengok dalam tv malam nanti? Mungkin tidak satupun dari itu yang akan anda ingat?

Apakah rancangan anda untuk besok? Adakah hari besok berlalu tanpa meniggalkan apa-apa kesan pada anda? Untuk apakah anda hidup hari ini dan besok? Berapa banyakkah yang anda lakukan untuk diri anda dan orang lain>

Jika anda rasakan tiada tujuan untuk hidup ini, mengapa anda perlu hidup untuk besok hari?

Untuk itu pikirkan kembali hidup anda, tujuan anda diciptakan, apa tujuan hidup anda,anda siapa sebenarnya?????

Ya ALLAH semoga hidup pembaca ini akan berbahgia di dunia dan akhirat. Semoga dia sentiasa memikirkan tentang tujuan ia diciptakan dan dihidupkan..

Setiap sesuatu yang diciptakan ALLAH bukan hanya satu kebetulan.. Ada tujuan kehidupan ini. Oleh itu carilah tujuan hidup anda ini..InsyaALLAH... ada sesuatu untuk anda lakukan...
Related Posts with Thumbnails