Jangan terlalu rapat berkawan, biarlah berpada-pada.
Semakin rapat berkawan, semakin banyak rasa tidak puas hati.
Tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita dahulu.
Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya ia akan mencelakakan.
Jauhi berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya.
Jangan berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupakanmu di waktu kamu sangat memerlukannya.
Jauhi bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.
No comments:
Post a Comment