“ Dengarlah, Anakku: aku menyatakan hal ini ketika kau terbaring tidur. Dipipimu ada bekas cakaran kecil dan dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.
Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, aku membaca surat khabar di bilik bacaan, aku tiba-tiba didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah tadi, aku mendekati katilmu.
Dalam diri aku berkeceramuk fikiran: aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana kamu tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah kerana kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai.
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan benda-benda. Kamu tumpahkan makanan kamu. Kamu letakkan sikumu di atas meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi berkerja menaiki keretapi, kamu berpusing, melambai-lambai tangan dan berteriak, Selamat jalan, Ayah! Dahiku berkerut, lalu menjawab,”Pusingkan bahu kamu!’
Pada waktu petang kejadian itu berulang lagi. Sewaktu aku sampai di jalan, aku lihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan mengarahkan kamu berjalan pulang dihadapan aku. Sarung kaki itu mahal dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu akan lebih berhati-hati! Ingatlah anakku ianya pemberian ayah!
Setelah itu ingatkah kamu, waktu aku sedang membaca di bilik bacaan, kamu datang ketakutan dan di bibirmu ada tanda-tanda kekecewaan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu berada di muka pintu dan teragak-agak.” Apa yang kamu mahu”? Sergah aku.
Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari kearahku dan merangkulku kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan mungilmu memegangku dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan di hatimu, dan ianya tidak dapat disangkal oleh mereka yang tidak mempunyai perhatian sama sekali. Dan kemudian engkau pergi, berlari menaiki tangga ke tingkat atas.
Seketika selepas itu, anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa amat cemas dan takut. Apakah kebiasaan yang merasuk diri aku? Kebiasaan mencari kesalahan, memaksa. Inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak lelakiku. Itu bukan kerana aku tidak menyanyangimu, tetapi aku terlalu mengharapkan terhadap sesuatu pada masa muda. Aku mengukur dirimu dengan ukuran aku sendiri sepertimana yang berlaku pada masa aku.
Dan ada terlalu banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu walaupun kecil ternyata berjiwa besar, sebesar cakerawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas lari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, anakku. Aku telah berada di tepi katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri!
Ini memang satu penyesalan yang lemah, aku tahu kamu tidak akan mengerti semua ini sekiranya aku menyatakan kepadamu ketika jagamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah. Aku akan bersama denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu ketawa. Lidah aku akan kuketap jika aku ingin mengeluarkan kata-kata yang kurang sabar. Aku akan berkata seolah-olah ianya satu kebiasaan:” Beliau hanya seorang budak lelaki, budak lelaki yang masih kecil.
Aku khuatir sekiranya memperlakukanmu seperti seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu, aku menyedari bahawa kamu masih anak-anak. Kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak, terlalu banyak....... W.Livingston Larned
No comments:
Post a Comment