Tuesday, December 13, 2011

BAGAIMANA MENIKMATI HIDUP & KERJAYA ANDA

1. Temuilah diri anda dan jadilah diri anda sendiri.
- Ingat, Tidak ada sesiapa di dunia ini yang sama dengan anda.
- Cuba mengenali siapakah saya ini.
- Walau apa yang terjadi, jadilah dirimu sendiri.
- Janganlah cuba meniru cara orang lain. Carilah diri anda sendiri dan bertindaklah dengan cara anda sendiri.

2. Empat kebiasaan kerja yang akan melenyapkan kelesuan dan kecemasan
a. Ketepikan semua kertas dari meja anda, kecuali yang sedang diselesaikan.
b. Buatlah sesuatu menurut urutan kepentingannya.
Dua keupayaan yang tidak ternilai harganya: Pertama, keupayaan berfikir. Kedua, keupayaan mengerjakan pekerjaan menurut urutan kepentingannya. Yang lebih penting harus didahulukan……….Henry L.Doherty.
c. Kalau ada masalah, segera selesaikan berdasarkan fakta yang ada. Jangan menangguhkan keputusan.
d. Belajarlah mengendalikan, mengagihkan kuasa serta mengawasi.

3. Punca kelesuan anda dan cara mengatasinya.
a. Rileks setiap saat. Bayangkan badan anda seolah-olah lumpuh tidak berdaya. Umpamakan sarung kali dalam laci, sebagai ingatan agar sentiasa releks seperti sarung kaki itu. Kucing juga boleh digunakan sebagai peringatan. Para ahli yoga di india menyatakan, jika anda ingin menguasai teknik kelesuan, pelajarilah dari kucing. Kucing tidak pernah kelihatan kelesuan, gugup, tidak dapat tidur, cemas atau radang perut. Semua perkara tadi mungkin dapat menghindarkan jika kita mempelajari bagaimana untuk rileks seperti kucing.
b. Seboleh-bolehnya dalam posisi yang menyenangkan. Ingatlah bahawa ketegangan dalam badan membuatkan bahu sakit dan saraf keletihan.
c. Periksa diri anda empat atau lima kali sehari dan katakan pada diri anda sendiri, “adakah pekerjaan saya mengeluarkan tenaga lebih banyak daripada sepatutnya? Adakah saya menggunakan otot-otot untuk sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan pekerjaan yang saya lakukan?” Hal ini akan membantu anda membentuk kebiasaan sentiasa rileks.
d. Periksa diri anda sekali lagi pada waktu petang, dengan bertanya kepada diri anda sendiri, “Oh, letihnya! Jika saya letih, sebabnya bukanlah pekerjaan mentel yang saya kerjakan, tetapi cara saya mengerjakannya”. Jika saya berasa terlalu letih pada waktu petang, saya yakin bahawa hari itu saya tidak cekap, baik dari segi kuantuti mahupun kualiti.
4. Bagaimana membuang rasa bosan yang menimbulkan keletihan, kesedihan dan rasa sebal.
Kalau kamu ingin makan, kamu harus melakukannya. Oleh kerana pekerjaan mesti dilakukan, mengapa kita tidak melakukannya dengan senang hati? Mengapa kita tidak menjadikan pekerjaan itu menarik dan menyeronokkan? Kita harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan kita.

5. Adakah anda mensyukuri apa yang anda miliki?
Hitunglah kekayaan atau anugerah yang anda miliki dan bukannya kekurangan anda. Jika anda berasa sedih kerana tidak mempunyai kasut, maka fikirkanlah bagaimana perasaan orang yang tidak mempunyai kaki. Apalah gunanya kasut yang hebat jika tidak mempunyai kaki. Anda sebenarnya amat bertuah kerana mempunyai kaki. Hargailah apa yang ada pada diri anda, cuba tafsirkan berapa harga kaki anda, telinga anda, mata anda dan jumlahkan kekayaan itu, anda akan dapati nilainya akan jauh lebih berharga dari semua emas di dunia ini.

6. Ingatlah, tidak ada orang yang menendang orang yang berada di bawah.
Ingatlah bahawa kritikan yang tidak benar dan tidak pada tempatnya seringkali merupakan pujian tersembunyi.
Jadi jika anda disepak dan dikritik, ingatlah bahawa hal ini dilakukan kerana penyepak atau pengkritik itu akan berasa penting sebab boleh melakukan hal tersebut. Kerap kali kritikan juga bermaksud bahawa anda berhasil mencapai sesuatu sehingga menarik perhatian. Memang ramai orang yang suka mendapatkan kepuasan jahat atau murahan apabila berhasil mencela dan memburuk-burukan orang lain yang lebih Berjaya.

7. Berbuatlah sebaik-baiknya sehingga kritikan tidak boleh menyakitkan anda.
Orang lain tidak memikirkan tentang diri kita. Mereka juga tidak ambil peduli apa yang akan dikatakan orang mengenai diri kita. Mereka hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri, mulai dengan bangun tidur pada waktu pagi hinggalah pergi ke tempat tidur pada waktu malam. Mereka lebih banyak memerhatikan tentang diri sendiri daripada orang lain. Mereka akan lebih sedih jika menderita sakit kepala daripada mendengar tentang kematian anda.
“ Laksanakan apa yang anda kerjakan dengan sebaik-baiknya. Kemudian bukalah payung using anda agar hujan kritikan tidak mengalir membasahi tengkuk anda”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails