Thursday, July 15, 2010

Aktiviti 4

Tajuk : Terperangkap di Gurun Sahara
Masa : 30 minit
Alat : Lampiran 1, Borang Jawapan Kajian Kes – Terperangkap di Gurun Sahara.
Objektif :
1. Supaya peserta dapat bertindak pantas beserta dengan pemikiran yang tajam.
2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru
3. Menggalakkan setiap ahli memberikan pendapat dan pandangan serta mempertahankan pendapat dan pandangan masing-masing.

Pelaksanaan Aktiviti :
1. Fasilitator akan mengedarkan lampiran 1 dan Borang Kajian Kes-Terperangkap di Gurun Sahara kepada peserta.
2. Setiap peserta diminta meneliti lampiran tersebut dan tugasannya.
3. Fasi mengarahkan setiap peserta dalam masa 20 minit untuk menyediakan senarai 15 barangan mengikut keutamaan dengan mengikut pemikiran sendiri tanpa berbincang atau dipengaruhi oleh orang lain. Peserta dikehendaki menulis senarai mengikut keutamaan di dalam borang kajian kes. Dalam masa 20 minit secara individu setiap peserta dikehendaki menyenaraikan 15 barangan mengikut keutamaan yang perlu untuk menyelamatkan diri anda dan rakan-rakan didalam borang kajian kes.
4. Setelah selesai setiap ahli perlu pula berbincang dengan ahli kumpulan yang lain untuk menyenaraikan 15 barangan mengikut keutamaan. Fasilitataor meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan barangan tersebut.
5. Peserta-peserta lain diminta memberikan pendapat. Segala keputusan penyusunan akan disenaraikan pada borang jawapan kajian kes- Terperangkap di Gurun Sahara di ruangan Pilihan Kumpulan (B).
6. Setelah setiap peserta berpuas hati dan telah membuat keputusan kumpulan mereka dikehendaki pula untuk mempersembahkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan-kumpulan lain.
7. Kumpulan lain boleh membangkang, menyoal atau memberikan komen terhadap pemilihan yang dibuat oleh sesuatu kumpulan.
8. Setelah semua kumpulan telah mempersembahkan hasil mereka, ketua fasi akan membimbing setiap peserta untuk mengira jumlah perbezaan antara pilihan mereka dengan pilihan yang sepatutnya. Dari keputusan yang diperolehi peserta akan dapat mengetahui tentang peluang mereka untuk selamat dengan penyusunan barangan yang dibuat.
FALSAFAH :
1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.
2. Tenang menghadapi saat-saat genting.
3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails