Thursday, July 15, 2010

Aktiviti 7

TEKNIK BELAJAR – PENGURUSAN MASA BIJAK
MASA : 15 Minit

OBJEKTIF
 Menekankan bahawa masa itu amat bernilai.
 Menyedarkan bahawa kita suka melengah-lengahkan masa.

KAEDAH
 Semua peserta diarahkan berdiri di tempat masing-masing.
 Kemudian arahkan peserta menutup mata selama 5 minit. Apabila mereka merasakan sudah 5 minit berdiri, mereka boleh duduk. Fasi tidak perlu memberikan arahan duduk
 Setiap peserta secara automatic akan duduk apabila terdengar rakan-rakan mereka duduk.
 Biasanya mereka akan duduk sebelum masa yang diberikan sama ada 3 minit atau 4 minit atau mungkin lebih.
 Katakana pada mereka bahawa belum mencecah minit ke-5. Di sini fasi menyedarkan peserta betapa 5 minit itu panjang masanya. Pelbagai perkara boleh dilakukan.
 Tekankan mengenai sikap melengah-melengah kerja dan sikap 5 minit itu sekejap sahaja.

RASIONAL
 5 minit itu sebenarnya berharga.
 Penuhi dan gunakan masa dengan sebijak mungkin.
 Setiap masa diberi kesempatan untuk mempergunakan 24 jam x 60 minit = 1440 minit sehari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails