Thursday, July 15, 2010

Ice Breaking 1

Tajuk : Kolej idol

Masa : 30 minit

Alat : Lirik lagu

Objektif :

  1. Menggalakkan peserta supaya tidak merasa takut atau malu berinteraksi.
  2. Menggalakkan peserta menunjukkan kretiviti masing-masing
  3. Menguji kebijaksanaan peserta dalam mencari kumpulan.
  4. membuang perasaan malu para peserta.
  5. Menggalakkan peserta berasa selesa dengan setiap ahli.

Pelaksanaan Aktiviti :

1) Fasilitator memesukkan senarai lirik lagu yang tidak lengkap ( yang telah digulung ) ke dalam sebuah kotak dan menggaulkannya.

2) Edarkan kotak itu dan minta setiap peserta mengambil satu tiap-tiap oarang dan terus menyimpannya tanpa menunjukkan kepada rakan-rakan.

3) Peserta diberikan masa satu minit untuk membuka gulungan lirik lagu dan membacanya.

4) Dalam masa 5 minit peserta dikehendaki melengkapkan lirik lagu tersebut dimana dia perlu mencari lirik lagu yang seterusnya dari rakan-rakan sehingga menjadi suatu lirik yang lengkap. Kumpulan yang telah melengkapkan lirik lagu, mereka boleh berkumpul dimana-mana kawasan lapang.

5) Setelah 5 minit berakhir, kumpulan yang masih gagal melengkapkan lirik akan didenda.

6) Setelah semua kumpulan telah selesai mereka dikehendaki mempersembahkan nyanyian lagu mengikut lirik yang mereka dapat.

7) Fasi akan menilai persembahan setiap kumpulan dan markah akan diberikan. Kumpulan yang menang akan diberikan ganjaran.

8) Fasilitataor mengarahkan mereka berdiri dalam barisan kumpulan.

9) Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana tertentu, kita kadangkala mengetepikan rasa segan sili lalu mengambil bahagian. Dengan demikian, ahli akan berasa selesa sesama sendiri dan mampu menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails